Friday, November 20, 2009

Heartbreak


Heart Failure. Heart Break.


Lagu untuk Binggu mama dari Hongki
Only as dongseng, just that much you think im adorable
but noona you are a woman to me
You say " What do you know?"
"You'll understand when you're older"
You say that im acting rashly
but noona you're a woman to me
No matter who you meet, or whoever you meet and no matters what you do
I can only wait
Because noona is a woman, Because you are my woman
I'll call you by you, no matter what you say
So that you can feel me as a man, I'll hold you tightly
I'll call you by you, no matter what you say, I don't care


Minggu ni berlalu dengan pantas. Izman sudah memulakan perjuangannya untuk SPM. Ana juga sudah boleh tidur sambil tersenyum kerana berjaya menyapu semua A untuk UPSR. Alhamdulillah, segala kepujian buat Tuhan yang memberikan yang terbaik untuk hamba-Nya yang berusaha.

Lagi 6 hari sudah boleh pulang rumah untuk menyambut Raya Haji setelah hampir sebulan anakanda berada di Melaka. Sebelum tu, kena siapkan assignment Probate dan juga menghadapi Mid Term Test Maritime Law. Alhamdulillah, Mid Term Test Probate berjalan dengan lancar.

Drama You're Beautiful juga sudah sampai 2 episod terakhir. Macam biasa, nak tiba episod akhir ni mesti dah makin stress nak tengok. Kesian Shin Woo, kesian lagi Jeremy. Tapi yang penting Tae Kyung dan Go Minam akhirnya dah together-gether. Kalau tak, blur betul diorang dua ni.

Tak sanggup Binggu Mama nak melihat Jeremy kecewa. Aduh. Dia kalau happy, comel betul. Kalau dia dah sedih tu, feel lagu Ft Island, haa sedih betul tau. Hehe, ye macam kenal betul pulak kan. Haruslah, dah tidur Ft Island, Makan Ft Island, Study dengar lagu Ft Island, segala segi lah ha.

Jeles jugak bila tengok Concert Men's Stories Ft Island ada kat Korea, Singapore, Januari nanti ada kat Taiwan, Thailand pulak. EEE bila nak datang Malaysia ni. T_T

Dah lama tak "menulis". Maklumlah, sejak akhir-akhir ni ilham, "sumber inspirasi" dah hilang, dah buang jauh-jauh. Ilek. Itu lah yang jadi ye anak-anak kalau menulis tak ikhlas, panduan tak jelas. Insya Allah, kalau ada ilham nanti, saya sambung menulis.

Inspirasi. Suzana semasa hari keputusannya keluar, ada masuk dalam akhbar, bila ditanya cita-cita gadis kecil itu, dia kata " Dah besar nanti nak jadi peguam"

Haha. Adakah saya layak berasa terharu ? Walaupun masih belum jadi peguam bertauliah, tapi memandangkan adik sendiri menjadikan kakaknya sebagai role model, sudah cukup membuatkan saya mahu berusaha dengan lebih baik. Tindakan kita sentiasa diperhatikan, mungkin kita juga ada menjadi inspirasi atau ilham orang lain.

Dalam interview budak tu jugak, dia ada kata, " mak ayah,cikgu sekolah banyak membantu."

Kalau suatu hari surat khabar ada interview saya, saya nak jawab camni.

" Terima kasih pada mak ayah, keluarga, cikgu sekolah, pengarah dan produksi drama-drama jepun dan korea, dan terutamanya pada Arashi, Ft Island, Hiro Mizushima, Hong Ki, Sho Sakurai, Jang Geun Suk, Kim Hyun Joong dan BANYAK lagi, sentiasa menyokong saya dari jauh, sentiasa teman saya untuk study. Sarang heyo oppa!. Kepada sesiapa yang berminat untuk menaja pelajaran saya ke Jepun atau Korea, sila hubungi saya "

p/s: Lagu tu Hong Ki tulis untuk noona yang dia pernah bercinta selama 3 tahun dulu. Dengar cerita Noona tu dah lari pi M'sia, belajar kat mmu. sebenarnya...



Saturday, November 14, 2009

the unending rain


Tanah Hang Tuah sejak beberapa hari ini sering basah. Saya jadi senang untuk tidur. Pukul 1 pagi mata sudah jadi berat. Mungkin juga kerana kelas aerobik yang mendera otot-otot badan (terutamanya bahagian perut) yang membuatkan saya jadi seperti orang tua yang sakit urat sana sini.

Suasana jadi lembap, baju juga susah mahu kering.

Perasaan juga jadi lebih sensitif. Sampai terbawa-bawa hingga ke hujung hari. Tapi selalunya kalau lepas bangun tidur mesti tertawa sendiri sebab tak sangka akan terasa perkara yang sebegitu kecil. Membazir neuron dalam otak je. Perkara yang menyebabkan kita kecil hati adalah perkara yang sangat subjektif, tak kisah lah pada pandangan orang benda tu benda yang paling bodoh dan paling kelakar kalau diambil serius.

Kelas pada hari khamis dan rabu sangat memenatkan. Lecture 3 kali dan tutorial 2 kali seminggu untuk satu subjek sangat memeningkan. 2 subjek saja menyebabkan kami berjumpa dengan orang yang sama berulang kali. Nasib baik pensyarah kali ini adalah dalam list 'favorite'. Tapi sayang, mereka berdua sudah mahu pindah untuk sem seterusnya. Entah siapa yang mengganti.

Pengajaran yang saya ambil dari sem lepas, selagi ada peluang dan masa, jangan sia-sia kan. Sebab kalau dah terlepas peluang tu, dan yang tinggal hanya tawakal, maka di situ akan datang sia-sia kalau mahu menyesal. Meskipun peluang itu sekecil laluan sempit, teruskan berusaha kuat. Filem Laskar Pelangi saya ambil inspirasi. SubhanAllah, filem nya sehebat bukunya. Penuh isi,pengajaran dan peringatan. Manakala kalau nak dibandingkan dengan Filem Ketika Cinta Bertasbih, nasib baik pelakon-pelakon lelakinya 'ganteng'. Kalau tak tak kuasa nak menonton sampai habis. Fokus terlalu pada bab cinta, isi kureng.

Tu jangan cerita drama Nur Kasih lagi. Nak tiba episod akhir la ni makin mengarut. Apa kejadahnya Adam tu bongok beno nak bagi isteri dia kat abangnya. Sarah yang mulut jahat tu lagi, Nur yang sibuk nak berkepit dengan Aidil tu lagi. MENGARUT. Sudah tiada yang istimewa pada drama ni.

Binggu Mama ( saya sebagai manager ft island, jang geun suk,yoon hwa,lee hong ki, ss501,sho sakurai,hiro mizushima, kim hyun joong, tegoshi yang berlindung di sebalik nama "rumah laki-laki muda henry gurney" ) sangat sibuk lah sekarang ye. Lepas satu drama best, ada lagi yang drama baru. Lepas You're Beautiful, Binggu Mama akan pergi menonton Beethoven Virus, dan banyak lagi yang menunggu ya. Dan Sho Sakurai sebagai orang kanan nampaknya lepas ni akan berlakon jadi peguam pulak. Lee Hong Ki mama tabalkan sebagai employee of the month, sebab sering mengusik hati binggu mama dengan kecomelannya yang lebih comel dari kucing binggu mama (fatty) yang dah tua , tersepit ekor dekat celah pintu pulak tu.


Binggu Mama is very happy :)


Kalau bab jodoh, ramai yang kata kena kejar.
Bila tiba bab hidayah(petunjuk) Tuhan,
" Hidayah tak sampai lagi"
Padahal, hidayah dari Tuhan itu lah perlu kita kejar hari-hari. Usaha.
Setiap perkara pokoknya adalah usaha.

Mariam juga perlu berusaha menggoncangkan pohon kurma yang hanya tinggal batangnya sahaja sebagai syarat memperoleh makanan yang dijanjikan Tuhan, dalam keadaan beliau masih lemah dalam kesakitan selepas melahirkan Isa a.s

Usaha lah walau secebis cuma. Kerana tiada yang semudah pipih datang melayang dan yang bulat datang bergolek. Moga hati ini tidak berbolak balik lagi.


primanoona


Friday, November 6, 2009

mademoisselle siti


Budak-budak muda Ft Island



Bahu kanan saya tercucuk siku tajam Seelan yang berdiri di laluan antara meja dan dinding itu.

" Ni mesti sebab banyak sangat tengok korean dramas" Sheelan berseloroh. Saya tertawa malu dan mencari sebab musabab dan perkaitan antara dua hal tersebut.


You're Beautiful

Siapalah yang dapat melawan penangan ke-macho-an Tae Kyung, kecomelan tahap infiniti Jeremy, dan juga Shin Woo yang sangat mencairkan itu. Dari drama ni juga saya mula minat 'Ft Island', yang salah seorang ahlinya berlakon drama You're Beautiful ni. Lagu-lagu Ft Island ni kebanyakkannya depress, lagi pulak suara Hongki yang aduhai.

Tahap minat Ft Island ni boleh digambarkan macam ni, saya sanggup berdamai dengan Singapura kalau Ft Island buat konsert kat sana. Kira pengorbanan tahap 2 dah ni. Maklumlah, Ft Island macam dah mengajuk nak datang Malaysia sebab konsert terakhir dulu dibatalkan kerana masalah pengurusan Malaysia.Saya siap dah daftar jadi fan club Ft Island kot, nama club dia "Primadonna". haha.

Kalau nak diingatkan balik, masa sekolah dulu saya banyak tengok cerita Taiwan, contohnya cerita Meteor Garden (Shan Cai!!), sebab dulu pun berkawan Dyana yang sampai sekarang suka gila drama Taiwan. Sampai la bila masuk asrama, tak dapat nak ikut dorama-dorama ni. Mana ada masa. Tak karen la tengok dekat bilik tv.

Sem II

" mademoisselle siti "

Ni lecturer kedua yang panggil saya Siti. Mulanya lecturer subjek International Trade & Shipping Law ni main tikam panggil common-name orang melayu, dia tikam, Siti, saya pun dengan naif nya angkat tangan. Jerat, kena jawab soalan.

Mulanya saya kurang faham dan kurang gemar apa yang diajar kerana bahasa inggerisnya terlalu susah untuk difahami. Tapi, kerana cara mengajarnya yang bukan berasaskan "examination based" , tapi lebih untuk practicality, saya jadi senang dengan subjek itu. Tambahan pula cara lecturer ku itu berusaha untuk mengingati nama dan sikap peduli dan toleransi pada semua pelajar.

" I need someone with nice voice to read this passage, Mademoisselle siti? "

Haha. Lecturer memandang ke arah saya tetapi memberi buku itu pada orang lain. Lalu saya berpaling sedikit ke belakang, sambil berkata pada mereka. ( Sambil mengangkat kedua-dua belah kening berkali-kali dan senyuman sebelah terangkat.)

" Dah cakap dah, suara saya memang sedap. Tak percaya kan."


Masa Depan

Saya bersetuju dengan apa jua cadangan yang diberikan oleh mak abah. Suatu ketika dulu, mereka pernah suruh saya lanjutkan pelajaran hingga ke Ijazah Sarjana selepas tamat Ijazah di MMU. Saya angguk tanda setuju.

Cuti semester yang lepas, tiba-tiba ayah berubah fikiran dengan mencadangkan saya patut terus bekerja di sebuah pejabat peguam yang menjurus pada bidang conveyancing di johor bahru. Bidang Conveyancing, atau jual beli tanah dan yang berkaitan dengannya. Conveyancing ni memerlukan ketelitian dokumen yang tinggi. Tidak seberapa yakin dan gemar, kerana saya bukanlah seorang yang teliti. Cita-cita saya pada aliran litigasi, turun naik mahkamah. Tapi ayah kata cuba dulu conveyancing, saya angguk tanda setuju. Sebab saya tahu itu yang terbaik buat saya.

Saya untuk merancang untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana nanti selepas beberapa tahun bekerja, merancang untuk memohon biasiswa yang ada, kalau bernasib baik dapat law school di luar negara. Amin.

Tak lama lagi nak graduate. Kalau ikut jadual, dan tiada aral melintang, bulan 6 2010 nanti akan habislah pengajian di bumi MMU Melaka. Kita merancang, kita usahakan, dan Tuhan akan menentukan mengikut usaha yang kita taburkan.

Saya selalu angguk tanda setuju. Kalau mak dan abah suruh saya kahwin dulu pun, saya setuju. hehe



Wednesday, November 4, 2009

Review : Masonist



The Lost Symbol - Dan Brown

United States Capitol Hill become the next destination for Prof Langdon in his thrilling adventure after Italy and Vatican City on the last two books. This time, he run all his way to US for an invitation for a symbology speech but actually he had been deceived, where he can't found another way out rather than follow the instructions of person behind it.

As his previous books, it revolves around secretive society which known as Freemasons. The rituals, mystery, symbols and clues that had been leave behind and to be solved by Langdon assisted by a lady known as Katherine who is doing her research in noetic science. Combination of mystery and science.

Weighing Human Soul

Katherine prove to his brother that human soul can be weighed by somekind of advanced technology, proving the existence of soul. "There seems to exist an invisible material that exits the human body at the moment of death. It has quantifiable mass which is unimpeded by physical barriers."

Sensory Deprivation Tanks

I think it is very cool when it come to the part where Prof Langdon which I thought will die drowning in a tank full of water created by Mal'akh. But actually it is a technology known as sensory deprivation tanks which had been created since 1954. "Floating", as it was called, offered a transcendental back-to-the-womb experience, quited brain activity by removing all sensory input-light,sound,touch and even the pull of gravity. The person breathe through breatheable liquid. The device is actually used to help premature babies breather by returning them to liquid filled state of womb, but it is sometimes used to in interrogation of cases. As in this book, Prof Langdon believes that he will drown if he do not tell Mal'akh the last clue on the box.

The surprise element in this book is when Mal'akh is actually son of Solomon who he tought had died in prison a long time a go. This time, as he want to take a further step towards becoming god (as he believes) he need to do the sacrifice ritual which had been done by Abraham to his son when instructed by God as the highest test. He asked Solomon to kill him but Solomon did not do so.

The last clue leads to another secret of Freemasons society. It also leads to the fact that majority of the US senate is member of the society, and other known world leaders on every field, politics,economic and science.Even Albert Einstein is a masonist. Sadly, the writer brings the reader to solution that all type of religion is actually belong to one group. Sadly, on the facts that muslim leaders is also part of freemasons society.


"The Society of Freemasons is a secret organization with aims which are never officially declared in public. It engulfs itself with a thick curtain of secrecy to the extent that any new recruit gives a most solemn oath not to reveal its secrets. He is made fully aware that he reveals these secrets at peril to his life. Admission to the society is not open to everyone. In fact, the Society of Freemasons recruits its members after careful study of their characters and positions. It also tries hard to enlist in its membership kings, presidents, ministers, leading politicians and highly influential people."

"Everything that furthers the interest of the Jews and promotes their position in the world is undertaken by the society. The cover of absolute secrecy and its strict hierarchy enables it to make use of the positions and influence of its non-Jewish members to serve the Jewish cause."

"In view of all this, there is no doubt that if a Muslim joins the Society of Freemasons, he contravenes the teachings of Islam. The aims, policy and practices of this society are against the principles of Islam and violate its laws. For example, Islam believes in maintaining justice among all people, regardless of race, color, family, position or creed. A Muslim must be fair to all people. Islam forbids favoritism, nepotism and discrimination on any basis. Freemasons favor one another on the basis of membership of their society."

Islam respects other religions. Freemasonry deceives its members into thinking that they further the cause of a better humanity when they are actually furthering the interests of those who seek to give the Jews supremacy over all peoples of the world. Islam is the final message from Allah to man. It is the religion that supercedes all past divine messages, including Judaism.Freemasonry seeks to destroy Al-Aqsa Mosque in order to rebuild the Temple of Solomon in its place and also support jews and israelis to take away the Palestine's land.How can a Muslim, then, join such a society?

This era of where everything is done with agenda, that's why 'aql and ilm' or knowledge is important. We often been deceived by those who own more knowledge than us. This brotherhood which forms after being defeated in a war with Islam, took a revenge and work underneath and slyly without our notice. Like when I read this book, i need to read it with open mind and to think well. Most of the US movies, like National Treasure it can be under one of their freemasons agenda. Thus by attaining this much (and even more) of knowledge, we will be able to consider many subjects, from schools of philosophy to newspaper headlines, rock songs to political ideologies, with a deeper understanding, and better discern the meaning and aims behind events and factors.

As my father said before, people when they in emergency state, where they have no land to live and breeding, will do their best in surviving. Thus, we must be clear and realise that we are no longer in our safe and comfort zone anymore.

Wallahualam~

p/s: the best book that offers mysteries and thrill after Harry Potter by JK Rowling.

Wednesday, October 28, 2009

experience is the best teacher



Hatiku seceria senyuman manis ini

Sesungguhnya cara Tuhan 'bekerja' itu adalah misteri. Cara Tuhan mengajar kita untuk memahami kehidupan adalah sangat abstrak dan tidak dapat di baca. Tapi semestinya ketentuan itu adalah yang terbaik untuk diambil pengajaran oleh khalifah di dunia sementara. Memahami apa yang berlaku bukanlah semudah kita berkata, " Apa yang berlaku ada hikmahnya".

Alhamdulillah Tuhan, aku bersujud syukur pada-Mu kerana telah lulus semua subjek untuk sem lepas, dan juga bonus : pointer naik setelah sekian lama nombor itu menjunam jatuh. Kegelisahan berminggu-minggu ini nampaknya sudah hilang dan aku kembali tenang. Mari kita pandang ke hadapan dan buat yang lebih baik.


" Pengalaman adalah guru terbaik"
Wayang Papadom memang menarik. Kenapa Tuhan menurunkan ujian pada hamba-Nya? Kerana pengalaman itulah yang sebaik-baik guru dan sebaik-baik peringatan hamba yang lupa pada Pencipta. Kepercayaan ibu bapa untuk membiarkan kita berjauhan dari mereka untuk mencapai cita-cita mestilah kita gunakan dengan baik.Sebuah wayang yang bagus didedikasikan buat semua insan yang bergelar ayah, father, daddy, walid, appa, ottosan, dan seterusnya.

" Kawan man yang tu selalu je main game, tapi result dia gempak je."

" Belajar ada banyak cara man, ada orang cepat tangkap, dia fokus dalam kelas, kemudian masa ujian dia belajar betul-betul.Dia pandai cari masa untuk belajar, man je tak nampak agaknya? Ada juga jenis orang yang lambat nak faham. Orang macam ni dia kena usaha lebih. Macam kak aya jenis macam tu,lembap. kena usaha lebih, kena berkorban. Man pun mungkin keturunan kak aya ni, so kena lah usaha lebih jugak ok? "Adik saya yang bakal menduduki SPM itu mengangguk tak memandang mata. Moga Tuhan terangkan hatinya.

Pointer saya tidaklah tinggi mana, tetapi setelah saya berkorban tidak mahu lagi memegang jawatan dalam persatuan dan kecintaan hati untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ditinggalkan sebentar untuk memperbaiki keputusan, ia sudah cukup untuk memuaskan hati. Tinggal lagi 2 sem ini, dengan keputusan ini, saya rasa ia sudah cukup untuk membangkitkan semangat dan pencetus harapan untuk berkonvo dengan keputusan yang lebih baik. Insya Allah. Amin

Lepas ni nak buat 'proposal' pada abah, nak minta peruntukan nak shopping. Maklumlah, sebelum result keluar, kecut hati nak shopping lebih-lebih. Kali ni boleh hantar proposal sambil kepilkan result. (ceh,sebelum ni tak pernah nak tunjuk slip pun,takut.hehe).

Alhamdulillah. Lepas ini, usaha lebih lagi, cita-citakan yang lebih baik!

Monday, October 26, 2009

Fiat money please fall from the sky


books in a row




Currently watching



My Girl

Tokyo Dogs


You're Beautiful


Sunday, October 25, 2009

Akan datang


Nasib baik sudah berakhir bulan Syawal. Jikalau tidak, takkan habis jamuan di sana sini. Begitu juga dengan tugas saya setiap kali kenduri, mencuci pinggan, buat muka manis, dan juga menjaga anak-anak kecil yang berlari sana sini.

Pergi melawat rakan ku yang baru sahaja jadi ibu. Oh cantiknya bayi itu. Matanya sepet macam ibunya. Ibunya mahu meletakkan nama Ahmad Nazrin, aku dan adik mencadangkan apa kata letak Yokohama di belakangnya. Jadi Ahmad Nazrin Yokohama. hehe


Tak kurang juga majlis Marhaban sepanjang Syawal. Sehinggakan ada pertandingan Marhaban di sebuah kampung indah di Tanjung Resang. Meneman ayah merasmikan majlis daripada duduk melumpuhkan diri di rumah.Dalam menjaga kesopanan dan kesusilaan, dan menahan menguap dengan mengeluarkan udara kebosanan dari telinga dan hidung, saya meminta izin ayah untuk berjalan-jalan untuk mencari lembu yang ditambat.


SubhanAllah, banyak lagi keindahan ciptaan Tuhan yang masih belum terusik. Sebuah kampung yang tahi lembunya masih bersepah di sana sini, tapi memandangkan ada majlis, barulah lembu-lembu sibuk ditambat. Langit cerah dan biru luas, tanpa halangan bangunan batu. Berhiaskan Gunung Arong yang jika kita sampai kepuncaknya akan kelihatan lautan luas terbentang.

Dari jauh saya terdengar alunan Marhaban, perlahan dan mendayu-dayu. Marhaban sudah jadi adat, terutamanya semasa Aidilfitri. Sudah jadi adat, dan adakalanya seperti sudah menjadi ke wajiban diadakan di kampung-kampung. Ada yang kata tidak mahu menyertai kerana sudah jadi Bidaah, dan juga kalau Marhaban itu menyusahkan tuan rumah, lagi lah tidak elok. Wallahualam. Ayah juga mengakui tentang perkara ini tapi ia sudah jadi kuat terbenam dalam adat masyarakat kita, kalau ditolak nanti, bersedia lah untuk berlawan mulut dengan kaum Tua yang begitu kuat mempertahankan adat Marhaban ini.

Selamat datang Sem II, Tahun Akhir.

Subjek sem ni, 1. International Trade and Shipping Law
2. Probate and Administration

Tuhan, berkati lah usahaku semalam, teguhkan hatiku untuk hari-hari mendatang.